1. Salam semua. Diharapkan para pembaca sihat wal-afiat hendaknya. InsyaAllah.
2. Tajuk entri kali ini ialah, "Sepi Itu Indah?"
3. Apa itu sepi? Kalau mengikut kefahaman saya (bukan dari Kamus Dewan
atau kamus-kamus BM lain, hanya pemahaman peribadi saya sahaja) definisi
sepi ialah keadaan dimana senyap sunyi dan hening tanpa sebarang
bunyi-bunyian yang bising yang mengganggu telinga dan fikiran.
4. Itu maksud sepi menurut pandangan saya semata-mata. Tak semestinya
betul dan tak semestinya juga salah. Mungkin dari sudut bahasa ataupun
jika diminta ulasan dari pakar-pakar bahasa mungkin kurang tepat sahaja.
5. Saya percaya para pembaca juga mempunyai definisi sepi mengikut fahaman masing-masing.
6. Tetapi, benarkah sepi hanya berlaku hanya tiada bunyi-bunyian bising atau jauh dari hiruk-pikuk dan hilai tawa semata-mata?
7. Saya teringat sebuah tajuk lagu yang diberi nama "Hilang Dalam
Ramai". Tajuk ini amat kontra dan memusykilkan kerana bagaimana
seseorang boleh hilang jika disekelilingnya terdapat ramai orang?
8. Sudah tentu ia hanya perumpamaan yang menunjukkan walaupun kita
dikelilingi dengan ramai kawan dan kenalan, belum tentu kita berasa
bahagia dan kewujudan kita dirasai.
9. Begitu jugalah halnya dengan ungkapan "Sepi Itu Indah". Jika dilihat
pada logiknya, mana mungkin sepi itu indah kerana kita tak mendengar
bunyi apa-apa.
10. Sebagai contoh, jika kita tinggal jauh dipinggir kota atau rumah
kita didalam hutan dan hanya kita sahaja yang tinggal disitu, sudah
tentu suasananya sepi dan menakutkan. Jadi adakah sepi itu sebenarnya
menakutkan?
11. Sebenarnya ungkapan "sepi itu indah" hanyalah merujuk dengan keadaan
dimana kadangkala bersendirian dengan mendiamkan diri tanpa ada
komunikasi dengan orang lain dan melayan perasaan sendiri adalah jauh
lebih baik daripada sentiasa bercakap dan bergelak tawa dengan kenalan
yang ramai disekeliling kita.
12. Jika kita adalah seorang yang peramah dan gemar bersosial tentulah bersendirian bukan pilihan yang bagus untuk kita.
13. Berbanding mereka yang bersifat pendiam, bersendirian dan menyepikan diri adalah "nikmat" bagi mereka.
14. Namun, bagi anda yang gemar bersosial dan suka dikelilingi kawan
yang ramai, cuba anda menyepikan diri sebentar. Mungkin anda boleh
mendiamkan diri dalam masa seminggu dengan bercuti secara bersendirian
atau duduk dirumah tanpa berkomunikasi dengan sesiapa (beritahu rakan
anda yang anda ingin bercuti sendirian dan minta tidak diganggu).
15. Percayalah, anda akan rasa tiada sesiapa antara anda dan diri anda.
Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk berfikir dan berkomunikasi
dengan diri anda sendiri (boleh bercakap sorang2 tapi jangan gelak
sorang2 pulak ya). Syaratnya jauhkan telefon pintar dari diri anda.
16. Kesempatan ini anda boleh gunakan untuk merefleksi diri anda sendiri dan bermuhasabah.
17. Percayalah setelah anda kembali dari "pertapaan mini" tersebut anda akan merasa lebih segar dan bersemangat.
18. Dan yang lebi manis lagi sekembalinya anda dari percutian tersebut,
anda mungkin akan rasa lebih dirindui dan lebih dihargai oleh
rakan-rakan anda.
19. Bukankah sepi itu indah?
20. Harap anda mencubanya. Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment