Saturday, December 7, 2013

Sekeping Roti Seribu Makna

Salam semua.

1. Sudahkah anda bersarapan pagi ini?

2. Sudah? Bagus. Sedang bersarapan? Selamat bersarapan pagi saya ucapkan.

3. Apakah menu sarapan anda pagi ini? Biar saya teka. Kuih muih, nasi lemak, nasi goreng, bihun, mee goreng atau mungkin hanya secawan kopi .

4.Bagi anda yang sengaja tidak mahu bersarapan, saya sarankan anda bersarapan kerana menurut pakar pemakanan, kesihatan dan saraf, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Risikonya, potensi otak akan merosot.

5.Jika anda masih belum bersarapan, dan masih memikirkan apakah menu yang sesuai untuk diambil, apa kata saya cadangkan anda bersarapan dengan sekeping roti pagi ini.

6. Mengapa dengan sekeping roti?

7. Sebabnya, setiap kepingan roti, terkandung seribu makna padanya.

8. Sekeping roti, adalah hidangan mewah bagi mereka yang sedang menderita kelaparan di mana-mana sudut dunia pun.

9. Sekeping roti boleh dikongsi-kongsi untuk satu keluarga miskin yang hidup secara bergelandangan di Malaysia.
 
10. Sekeping roti juga mungkin menjadi rebutan kepada para mangsa taufan Haiiyan di Filipina dan mangsa pelarian perang di Syria .

11. Malah, sekeping roti juga mungkin boleh mengenyangkan kanak-kanak yang kebuluran di Afrika sehingga tiba waktu sarapan keesokan paginya.

12. Para pembaca boleh menambah makna-makna lain yang terdapat dalam sekeping roti. Masih ada kira-kira 997 makna yang boleh diungkap untuk menjadikannya seribu makna.

13. Mungkin juga akan melebihi seribu makna?

14. Jadi, bagi pembaca yang masih belum bersarapan, apakah menu sarapan anda pagi ini?


No comments:

Post a Comment