Salam semua.
1. Semalam, ketika menonton siaran berita di televisyen, saya tertarik dengan paparan petikan ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat ( Y.A.B ) Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.
2. PM semalam hadir ke satu majlis keraian rasmi di Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama.
3. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang kepentingan untuk menghargai, menyayangi dan mempertahankan keamanan, kemakmuran, keharmonian, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam negara yang berbilang agama dan bangsa seperti di Malaysia.
4. Apa yang menarik perhatian saya adalah apabila Dato' Seri Najib membuat analogi dengan mengambil contoh oksigen di sekeliling kita.
5. Katanya, dalam keadaan biasa, kita tidak dapat melihat dan merasai kehadiran oksigen. Tetapi ia tetap wujud. Kita tidak pernah ambil peduli pun.
6. Hanyalah apabila oksigen tiada, walaupun dalam beberapa saat sahaja, barulah kita akan menjadi kelam kabut dan menggelabah akibat sesak pernafasan kita.
7. Ketika itu, kita akan meronta-ronta untuk mencari-cari untuk mendapatkan oksigen semula. Kita tahu, kalau kita terlambat, nyawa kita dalam bahaya.
8. Begitulah juga hakikat nikmat keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi di negara ini. Kita mungkin tidak merasa apa-apa, tidak juga kita menghargainya kerana kita merasakan ianya ( keamanan dan keharmonian ) wujud secara semula jadi dan akan kekal selama-lamanya.
9. Namun, kita perlu sedar, yang nikmat kestabilan negara dan ketenteraman boleh hilang dalam sekelip mata sahaja.
10. Sekali nikmat itu hilang, kesan buruknya amat besar sekali dan mungkin sukar untuk mendapatkannya kembali. Sudah terlau banyak contoh yang berlaku dan kita saksikan di negara-negara luar.
11. Saya tidak mahu menghuraikan mengenai kepentingan keamanan dan kestabilan dalam negara dengan lebih lanjut.
12. Saya pasti kita semua tahu dan sedar akan hakikatnya kerana rata-rata rakyat Malaysia mampu berfikir dengan waras di samping ianya telah diulang-ulang banyak kali samada oleh para pemimpin dan tokoh-tokoh lain.
13. Saya cuma ingin menyatakan rasa keterujaan saya apabila PM mengambil menggunakan "oksigen" sebagai contoh analoginya.
14. Saya yakin, kita semua tahu dan pernah belajar tentang oksigen ketika di bangku sekolah.
15. "Oksigen" ( atau oxygen dalam Bahasa Inggeris ) telah ditemui oleh Carl Wilhelm Scheele di Upsalla pada thun 1773 atau sebelumnya. Bagaimanapun, seorang lagi saintis bernama Joseph Priestly lebih diberi keutamaan memandangkan hasil kajiannya tentang oksigen telah diterbitkan terlebih dahulu.
16. Oksigen adalah unsur kimia yang disimbolkan dengan O dan nombor atomnya ialah 8 ( dengan susunan atomnya ialah 2.6). Dalam Jadual Berkala Unsur ( Periodic Table ), oksigen berada dalam kumpulan 16. Oksigen adalah unsur bukan logam yang mempunyai kadar reaktiviti tinggi disampimg merupakan agen pengoksidaan.
17. Selain itu, oksigen adalah unsur ketiga yang paling banyak didapati di bumi selepas hidrogen dan helium.
18. Pada suhu dan tekanan yang standard (STP), dua atom oksigen akan bergabung dan membentuk dioksigen -sejenis dwiatom yang tidak berwarna, tidak mempunyai bau ataupun rasa dengan formula kimianya O2 ( 2 kecil dibawah O ).
19. Oksigen amat penting dalam kehidupan. Manusia dan hidupan-hidupan lain memerlukan oksigen untuk bernafas dan melakukan proses respirasi.
20. Tumbuhan membekalkan oksigen kepada hidupan-hidupan ini dengan membebaskannya setelah menjalani proses fotosintesis.
21. Tidakkah kita semua terfikir, betapa "objek" yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak berbau, tidak mempunyai sebarang "perisa", dan tidak dapat dipegang atau disentuh dengan tangan ini sebenarnya amat besar kegunaannya kepada manusia dan hidupan-hidupan lain.
22. Kita mungkin tidak sedar, tetapi, jikalah usia kita menjangkau 80 tahun atau lebih, maka selama itulah sebenarnya kita telah menggunakan oksigen.
23. Setiap detik dan setiap saat, kita menggunakannya samada kita berjaga, tidur, makan, dalam keaadaan aktif atau pasif, hidung kita tidak henti-henti menyedut oksigen dan ianya percuma!
24. Sama seperti oksigen, nikmat keamanan, keharmonian, kestabilan dan perpaduan dalam negara kita juga tidak mempunyai bau, bentuk fizikal yang nyata yang boleh dilihat. Ia cuma dapat dirasai dan dinikmati.
25. Setiap "perkara" ada harganya. "Harga" bagi keamanan dan kestabilan negara adalah dengan menghargai, mensyukuri dan mempertahankannya.
26. Oksigen! Oh ya.Bagi saya "harga" bagi oksigen pula tetap sama iaitu bersyukur pada yang Esa, sentiasa melakukan ibadah padaNya, meninggalkan segala larangan Tuhan, disamping menghargai kehidupan yang dikurniaknan Allah S.W.T.
27. Cuma itu sahajakah?
28.Oh tidak..masih ada caj tambahan untuk oksigen.
29. Caj tambahan? Nak tahu apa? Baca ayat terakhir di bawah ini.
30 Jalanilah kehidupan ini dengan sebaik-baiknya dan jangan lupa untuk menyumbang sesuatu yang hebat kembali kepada dunia!

No comments:
Post a Comment