Salam semua.
1. Hari ini hari Jumaat 6 December 2013.
2. Sedar tak sedar lebih kurang 25 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014.
3. Lama sungguh rasanya tak menjengah ke blog ini. Post pertama dalam blog ini adalah pada 4 May 2009, post kedua pula pada 2 Januari 2011 dan ini adalah post ketiga saya.
4. Post pertama adalah pada tahun 2009, tahun 2010 takde post, tahun 2011 ada satu post, kemudian tahun 2012 tiada post dan di penghujung tahun 2013 ni baru mula nak menulis balik.Hehe.. unikkan?
5. Kalau diikutkan usia blog ini dahpun menjangkau lebih empat tahun.Tetapi, cuma ada 3 post sahaja (termasuk post yang sedang ditulis ini).
6. Post pertama adalah pengenalan kepada blog ini dan post kedua memberitahu saya ada interview pada keesokan harinya (3 Januari 2011).
7. Usia saya sudahpun meningkat. InsyaAllah awal Januari tahun hadapan bertambah satu lagi angka. Begitu juga usia blog ini.
8. Mengapa saya lama tidak menulis blog? Susah nak jawab. Panjang ceritanya. Ada macam2 jawapan. Terlalu sibuk dengan urusan harian, malas dan terlupa tentang kewujudan blog ini.
9. Terlupa kewujudan blog ni? Ya, saya lupa. Macam mana saya ingat balik tentang blog ni?
10. Beberapa bulan yang lalu, terdetik di hati untuk saya cuba meng"Google" nama saya sendiri. Carian saya menunjukkan beberapa result. Antaranya nama penuh saya ada tercatat dalam post pertama dalam blog ni (hehe..saya dah edit post tu, so anda takkan dapat trace dah).
11. Peristiwa tersebut mengingatkan saya kembali tentang blog ini. Tetapi bila saya cuba untuk "sign-in" blog ini saya gagal. Sebabnya? Saya terlupa alamat email dan "passwordnya". Saya cuba mengingat kembali dan mencuba beberapa kali untuk "sign-in" tapi tak berjaya.
12. Jadilah saya seperti seorang yang melihat rumahnya sendiri dari luar tetapi tak dapat masuk sebab takde kunci.
13. Jadi saya pun abaikan sahaja.
14. Beberapa hari yang lalu, saya ada membina sebuah blog yang baru. Dah siap cuma belum ada pengisian (nanti saya share blognya ya). Semalam, saya kembali teringat tentang blog ini. Sekali lagi saya singgah ke blog ini dan cuba mengingati dalam-dalam email dan passwordnya. Saya cuba ingat betul-betul dan memerah memori saya.
15. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya, hanya dengan dua kali percubaan saya berjaya "sign-in" ke blog ini! Alhamdulillah, syukur.
16. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, nama asal blog ini adalah "Al-Amin". Kemudian diubah kepada "Last Man Standing" (uish, stailo sungguh kan?).
17. Semalam setelah berjaya "sign-in" ke dalam blog ini, saya buat sedikit housekeeping (maklumlah ibarat rumah yang dah lama tinggal).
18. Saya kemaskini "profile" diri sendiri kat bahagian about me tu, termasuklah tukar profile picture (segan plak tengok gambar lama yang berdiri pegang payung depan bangunan SIRIM ..hehe).
19. Saya juga menukar beberapa setting (sikit-sikit ja)
20. Untuk makluman, nama blog ini telahpun ditukar buat kali ketiga. Nama blog yang baru adalah " GOOD THINGS BEGIN HERE". Blog ini boleh dicapai melalui alamat goodthingsbeginhere.blogspot.com.
21.Mengapa nama "GOOD THINGS BEGIN HERE" dipilih? Saya akan terangkan dalam entri yang lain.
22. Adakah nama blog ini akan ditukar lagi pada masa hadapan? Mungkin ya, mungkin tidak. Wallahu 'alam.
21. Kalau ada sebarang perubahan saya akan maklumkan kemudian.
23. Saya berharap dengan izin Allah saya akan ada kekuatan untuk istiqamah untuk terus menulis perkara yang bermanfaat tanpa jemu dan malas. Harapan saya agar saya dapat menyumbang sesuatu yang bermakna tak kira kecil atau besar maknanya dalam hidup para pembaca sekalian. InsyaAllah.
24. Akhir kalam, doakan saya terus berjaya dalam dunia penulisan blog ini.InsyaAllah.
25. Sekian. As Salam.
No comments:
Post a Comment